Maklumat Sekolah

Lencana SBPIS.png

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar (dikenali sebagai SBPIS dan SiSMe) adalah merupakan satu-satunya sekolah berasrama penuh integrasi (SBPI) dan salah satu daripada dua buah sekolah berasrama penuh (SBP) di negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia. Sekolah ini menawarkan aliran pengajian Sains Tulen, Sains Agama dan Sains Teknikal.
Penubuhannya adalah antara 59 sekolah berasrama penuh sedia ada di bawah pengurusan Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster (BPSBPSK) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Matlamat penubuhannya selaras dengan dasar SBP yang bertujuan melahirkan bakal pemimpin yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara Malaysia.

Sejarah sekolah

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar atau lebih dikenali sebagai SBPIS yang terletak di daerah Jasin, Melaka merupakan salah sebuah dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Malaysia. Sekolah ini telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2003 apabila 84 pelajar Tingkatan 1 generasi pertama telah mendaftarkan diri mereka di SBPIS berdasarkan kecemerlangan mereka dalam peperiksaan UPSR.

Prasarana

Sekolah ini mempunyai:
  • sebuah blok pentadbiran,
  • 5 buah blok akademik,
  • Dewan Gemilang,
  • Villa Putera dan Villa Puteri,
  • Surau Al-Karim,
  • dewan santapan,
  • kantin,
  • rumah Pengetua,
  • kuaters guru,
  • 4 buah gazebo mengikut rumah sukan
  • astaka
  • gelanggang permainan bola keranjang,
  • gelanggang permainan pelbagai guna,
  • gelanggang permainan badminton,
  • gelanggang permainan tenis,
  • padang pentanque,
  • ragbi dan padang bola sepak.
Selain itu, SBPIS juga terletak di atas tapak seluas 21 hektar yang sangat sesuai sebagai sebuah institusi pendidikan.

Pentadbiran

Bil Nama Jawatan
1. Encik Karim bin Bayok Pengetua
2. Tuan Haji Sharif bin Ebok Penolong Kanan Akademik
3. Encik Ramli bin Abdullah Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
4. Encik Kamaludin bin Niat Penolong Kanan Kokurikulum
5. Puan Norlian binti Salim GKMP Bahasa
6. Puan Kamsiah binti Sidin GKMP Sains & Matematik
7. Encik Ismail bin Ahmad GKMP Kemanusiaan
8. Tuan Haji Zulkifly bin Thahir GKMP Teknik & Vokasional
Pengetua SBPIS yang pertama ialah En. Karim bin Bayok yang mula menjalankan khidmat beliau sejak tertubuhnya sekolah ini sehingga sekarang. Beliau dibantu oleh Tn. Hj Sharif bin Ebok yang merupakan Penolong Kanan 1 (Akademik) dan Tn. Hj.Baharudin b. Husin sebagai Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) tetapi beliau telah bertukar ke SMS Sains Rembau dan diganti oleh En. Ramli bin Abdullah manakala En. Husin bin Abd Rahman sebagai Penolong Kanan ( Kokurikulum) sebelum beliau kemudiannya diisytihar menjadi guru cemerlang dan tugasnya diganti oleh En. Kamaludin bin Niat.


Visi

Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar Gemilang menjelang 2015

Misi

Ke arah merealisasikan visi, kami warga SBPI Selandar akan:
Mewujudkan pengurusan yang sistematik, berkualiti serta melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang kurikulum berteraskan Sains, Teknologi dan ICT di samping membina insan berketrampilan dalam memenuhi aspirasi dan tuntutan agama, bangsa, Negara dan seterusnya melahirkan pelajar yang cergas serta aktif dalam kokurikulum selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


Ikrar Pelajar

Bahawasanya Kami
Pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Selandar
Menjunjung Tinggi dan Mengamalkan
Prinsip-prinsip Rukunegara
Cemerlang dan Berwawasan
Menjadi Cogan Perjuangan Hidup
Nama Baik Sekolah, Guru-guru dan Ibu Bapa, Nusa Bangsa
Sentiasa Dipupuk dan Dipelihara
Suruhan dan Larangan Agama
Tersemat di Sanubari
Yakin Kepada Kebolehan Diri Sendiri
Kami Juga Berjanji
Akan Menjadi Insan Yang Berguna
Pada Agama, Bangsa dan Negara.

Lagu


Di bumi bertuah ini SBPI Selandar
Cemerlang dan Berwawasan
Melahirkan insan gemilang
Berakhlak, Berilmu, Berbakti
Pada Ibu Pertiwi
Mendukung Wawasan Negara
Pembela Warisan Bangsa
Maju terus maju SBPI Selandar
Maju ke hadapan Cemerlang berwawasan
Lagu : Tn. Hj Sharif b. Ebok
Lirik : Kumpulan Guru SBP Selandar 2003

No comments:

Post a Comment